Maha Suci Allah...

Pages

Tuesday, 20 January 2015

KISAH ABAH.. (Part II)

Abah dah mula rasa demam, sakit2, badan, bila mandi atau terkene air rasa sejuk sangat. Menggigil. Bisa kat kaki kesan kene buluh yg tajam tadi. Runcing juga.

Abah dah siap2 nak pergi kerja walaupun badan tak sihat. Saya dan mak pesan kalau rasa sakit sangat tak payahlah kerja. Minta orang lain ganti.

Takpelah.. abah pergi je dulu.

Sebelum tu saya bagi abah:
☆Omegaguard
☆Zinc Complex
☆Ostematrix

OMEGAGUARD:
-berfungsi sebagai anti radang
-tingkatkan sistem imun
-mengawal sistem imun (demam) sebab abah dah mula rasa demam.

ZINC COMPLEX:
-mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.
(Hancurkan zinc dan taburkan ke atas luka untuk mempercepatkan sistem pemulihan luka luaran)
-mempertingkatkan sistem imun

OSTEMATRIX:
-bukan sekadar kalsium tapi lebih dari itu.
-pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi (kurangkan bisa2 badan).
-menggalakkan tidur selesa.

MAGNESIUM dalam OSTEMATRIX:
-Magnesium adalah ion positif no.2 penting dalam tubuh kita.
-ion inilah yang membantu sistem saraf.
-mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.

Selepas abah makan semua ni, keesokan hari abah balik kerja, tanya keadaan abah, ALHAMDULILLAH abah rasa SIHAT. TAK JADI demam. Cuma kaki yang luka tu masih lagi terasa sakit sikit. Abah minta saya sediakan lagi vitamin2 tu.

Alhamdulillah. Abah tak demam.
Syukur sangat sebab biasanya kalau teruk macam tu, abah lambat sikit nak baik demam.
Mudah2an abah baik sepenuhnya.
Amiin..
KISAH ABAH (Part I)

Time2 macam ni teringat kat abah..
Cerita hari Selasa kelmarin.
Abah rasa tak sedap badan n tak sedap hati nak menebas semak buluh kat sebelah rumah ni. Tapi abah kuatkan juga hati nak buat. Memang dah niat dari awal nak buat jadi abah teruskanlah juga.
Dah nampak lapang dah sebenarnya. Tapi pokok ni dah berpuluh tahun kat situ. Entah2 seratus tahun ada kot...

Tengah asyik2 menebas tu sambil berzikir.. tetiba ada pokok buluh yang mungkin dah ditebas tp sangkut kat atas nak jatuh kat badan abah. Abah berdiri kat kawasan ada buluh2 kat bawah. Teringat parang di tangan. Campak dulu parang. Nak elakkan buluh, badan berpusing, pergerakan tersekat. Kaki kat timbunan buluh, akhirnya abah jatuh, kaki abah kene juga buluh tu. Macam terseret gitu. Taktau nak describe camne.
Dah kene camtu tapi abah masih teruskan kerja. Kali ni guna mesein rumput pulak.
Abah mesin mana2 semak rumpun buluh yg ada tu. Tetiba ada satu tunggul buluh yg masih perlu di potong abah mesin, buluh tu terpelanting/terbang (taktau nak describe) boleh patah balik kat abah kene kat kaki abah dekat2 lutut. Abah tak rasa sakit sangat. Jadi abah teruskan. Tiba2 abah rasa seluar tu basah.. Bila tengok..

Ya Allah.. darah banyak..

Abah berhenti buat keje semua tu masuk rumah.
Ubat diri abah sendiri.. Letak daun senduduk (rasanya) kat tempat luka.
Tengah hari.... Abah dah mula rasa tak sihat..
Lepas zuhur abah tidur sekejap.
Dah makan tengah hari rasanya tu.
Abah keje shift malam. Sejak balik keje tu belum tidur lagi. Tu yang tidur jap lepas zuhur.
Petangnya pulak nak siap2 pergi kerja semula.
Tengok kaki abah makin teruk. Bengkok, takleh tegak. Sakit dan bisa katanya. Badan dah mula rasa demam. Makin nak masuk senja nak ke malam badan makin bisa.
Saya perlu tolong abah segera..

(to be continued)
Assalamualaikum wbt...

Sudah sekian lama saya tak menulis di sini. Adalah lebih kurang 3 tahun kan..
Sekarang saya mula menulis lagi.
Tetapi kini status saya sudah berbeza..
Saya sudah pun bergelar seorang isteri kepada suami saya yang sangat budiman, pengasih dan penyayang.

Banyak cerita nak dikongsikan. InsyaAllah saya akan kongsikan di sini nanti.

Di kesempatan ini saya juga suka nak umumkan sekarang saya adalah Pengedar Shaklee Anda ya ng sah.
SID 1069334.

Ada banyak cerita dan pengalaman nak kongsikan. Tak sabar rasanya.

Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya InsyaAllah.

Di bawah: Gambar saya bersama hero kecik kesayangan dan adik bongsu. Gambar di ambil semasa balik kampung rumah atuk.


Tuesday, 6 March 2012


Doa Solat Dhuha



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu

Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha

Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh



Sangat indahnya doa ini. Bergetar rasa hatiku tatkala membaca doa ini sebaik saja usai melaksanakan solat sunat dhuha. Maha Suci Allah yang Maha Menggenggam setiap jiwa. Tatkala aku menadah tangan, merafak sembah kepada yang Maha Esa, Tuhan Pencipta sekalian alam ini..hatiku rasa sangat sebak..
Ya Allah..hambaMu ini sangat malu..sangat malu kepadaMu.. Betapa indahnya sifatMu dan Agungnya diriMu dengan segala ketinggian zatMu.. Segala Pujian hanya layak untukMu. Tiada lain..hanya untukMu..



Sungguh! HambaMu ini lemah... Tidak tahu apa-apa melainkan hanya disediakan olehMu untuk setiap perkara dalam hidupku. Aku makan, minum, belajar, bekerja..semua adalah rezeki darimu yang telah kau sediakan tanpa aku meminta dariMu terlebih dahulu, tapi telah Engkau sediakan terlebih dahulu. Aku malu untuk meminta padaMu kerana aku selalu melupakanMu.. Diriku sangat kotor dan hina.. Tapi Engkau tiidak pernah membiarkan aku dalam kesusahan. Kerana sifat pengasihMu dan pemurahMu, maka Engkau berikan saja pada setiap hambaMu yang meminta.




Aku masih diberikan nafas untuk menghirup udara di sekeliling aku..  jantungku masih berdegup mengalirkan setiap aliran darah ke segenap kapilari darah.. mataku masih boleh melihat dan mengerdip memandang sekeliling alam yang sangat indah dengan pelbagai warna kehidupan.. telingaku masih boleh mendengar bunyi-bunyian di alam semesta ini.. Jari-jemariku lengkap berserta kuku dan masih boleh menggengam nasi..buah-buahan..dan segala macam makanan untuk disuapkan kedalam mulut.. Garam yang digunakan di dalam makanan telah siap sedia di depan mata tanpa aku bersusah payah untukku proses ia terlebih dahulu dari laut hingga menjadi garam yang telah siap sedia untuk digunakan.. Cahaya dari langit yang menerangi alam ketika siang atau malam..



Ya Allah..terlalu banyak dan tidak terhingga nikmat yang Engkau berikan kepadaku tanpa aku syukurinya.. Ampunkan hambaMu ini ya Allah.. Engkau berikan semua yang ada dari langit dan bumi, Kau lindungi aku dari malapetaka dan bahaya, kau berkuasa menentukan segalanya untuk hidupku, Engkau yang permudahkan segala urusanku. Aku tidak tahu, adakah rezeki yang aku gunakan selama ini benar-benar suci..hanya pada Engkau aku serahkan ya Allah.. Aku takut ya Allah.. Aku takut.. Ampuni hambaMu ini ya Allah.. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur di atas setiap kurniaanMu dalam setiap detik hidupku. Aku mohon redhaMu, rahmatMu dan keberkatanMu dalam seluruh hidupku dunia dan akhirat. Maha Suci Engkau Wahai yang Maha Pemberi kehidupan. Tiada daya dan kekuatanku, melainkan hanya pertolongan dariMu.. Tiada yang memudahkan, selain Engkau yang memudahkan. Aku serahkan seluruh hidupku padaMu ya Rabb. Selawat dan salam serta restuMu ya Allah untuk junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda.




Kenapa Sricandy Iman?




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sebelum ini, aku sudah terbiasa menggunakan nama Sricandy di dalam salah sebuah laman web sosial yang agak popular pada masa itu. Ramai teman-teman bertanya kenapa guna nama ini? Aku sekadar memberitahu, itu adalah nama yang digelarkan untuk diriku sewaktu zaman sekolah dan zaman remajaku kerana aku aktif dalam bidang seni pertahananan diri suatu masa dulu.

Tetapi sekarang ini aku seperti sudah sebati dengan nama Sricandy Iman. Ramai sahabat-sahabatku yang bertanya. Soal mereka.. “Kenapa ya?”  Namun bagi diriku sendiri, nama Sricandy dan Iman itu mempunyai maksud tersendiri . Ejaan sricandy juga berbeza. Sri adalah bahasa melayu dan candy itu bahasa inggeris. Sri bermaksud berseri dan candy itu manis (gula-gula atau manisan). Sengaja aku gabungkan kedua-duanya, dan sebutan ia menjadi srikandi. Maksud di dalamnya adalah wanita melayu yang manis berseri tetapi tetap mempunyai jati diri yang kuat . Bukanlah diriku bermaksud untuk masuk bakul angkat sendiri, atau masuk lift tekan sendiri atau senang kata bertujuan untuk puji diri sendiri. Tidak! Tidak sama sekali. Ini adalah motivasi untuk diriku sendiri. Iya, bila kita lihat perkataan Iman, itu sendiri menjelaskan maksud keimanan dan keyakinan pada Allah.

Sebenarnya, nama itu adalah motivasi untuk diriku sendiri untuk belajar dan berusaha menjadi seorang serikandi keimanan untuk diri aku agar sentiasa kuat memperjuangkan iman dalam diri sendiri. Agar sentiasa kuat menjalani setiap ujian yang Allah kurniakan pada diri ini. Agar mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sentiasa senyum dalam menjalani kehidupan. Di dalam kelembutan dan manisnya menjadi seorang wanita tetapi tetap tegas berusaha berpegang pada tali Allah. Aku bukanlah seorang ustazah mahupun seorang pendakwah. Aku hanya seorang wanita biasa yang hanya mencari ketenangan dan redha Allah dalam menjalani hidup di dunia ini. Aku berdoa semoga suatu hari nanti aku menjadi seorang serikandi keimanan agar dapat kutemui, kutatapi, seraya kupersembahkan diriku kepada Duli Yang Maha Mulia Allah Azza Wajalla, Al-Malikul Quddus.


Tidak mudah untuk menjadi serikandi dalam zaman ini. Ujiannya sangat hebat. Sangat hebat.. Maha Suci Allah yang mengurniakan setiap ujian kepada setiap hamba-hambanya supaya menjadi bukti kecintaaan dan kasih sayang setiap hambaNYA itu kepadaNYA, Allah Robbul Jalil. Maka setiap wanita yang lain juga patut meraih serikandi keimanan pada diri mereka kerana itu adalah jalannya. Suatu yang sangat seharusnya dan berharga  untuk kita bawa menemui, tatap dan persembahkan kepada Maha Pencipta kita Allah Robbul Jalil pada akhir kehidupan kita dan kehidupan kita di negeri akhirat kelak.

Sama-samalah kita kuatkan hati, dan jaga hati kita agar kita boleh persembahkan sesuatu yang cukup berharga di hadapan pembicaraan Maharaja (ALLAH) kita nanti di Yaumil Mahsyar.  Perkara menjaga hati itu tidak mudah. Kerana keadaan hati itu sentiasa berbolak balik. Tiada daya dan kekuatan kita melainkan pertolongan dari Allah dan tiada yang memudahkan selain Allah yang memudahkan setiap sesuatu. Allah Maha Penggenggam setiap jiwa. Maka kita serahkan saja segalanya hanya pada Allah. Mohon maaf seandainya tiap butir huruf-huruf yang keluar ini menyinggung hati dan perasaan sesiapa saja yang membaca. Kelemahan itu datangnya dari diri ini maka segala kebaikan dan kelebihan dan segalanya baik itu datangnya dari Allah, tuhanku yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana. Laahaulawala quwata illabilllahil’aliyil ‘azim.. Maha Suci Allah.




~hanya seorang wanita biasa yang mencari ketenangan di jalan Allah dan keredhaanNYA..~

Mencintai Tapi Tidak Memiliki.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Mencintai seseorang tetapi tidak memiliki..

Tidak mengapa..

Mengapa?

Kerana dia mencintai kerana Allah.

Bagaimana?

Rasa cinta itu milik Allah. Allah itu Maha Memiliki setiap jiwa, Maha Penggenggam setiap jiwa.
Ikut suka  Allah untuk mencampakkan rasa cinta itu kedalam setiap jiwa hamba-hambaNYA ataupun mencabut rasa cinta itu dari setiap jiwa hamba-hambaNYA. Usah dipertikaikan.
Jika Allah mahu meminjamkan pada kita, rasa cinta itu dari seseorang kepada diri kita, maka kita akan dapat merasai nikmatnya.

Hati akan bahagia bila melihat dia bahagia, hati sedih bila melihat dia sedih. Hati gundah bila melihat dia gelisah. Tetapi demi cinta yang datangnya dari Allah itu, maka semuanya diserahkan pada Allah, kerana Allah lah yang Maha Mengatur setiap sesuatu, Maha Bijaksana, Maha Memelihara, Maha Tahu dan Maha Menggenggam setiap jiwa. Maha Suci Allah yang Maha Agung bagi segalanya.
Maka dengan itu hati akan kembali sentiasa bahagia, walau apa jua yang berlaku pada yang dicintai kerana dia sedar, bahawa rasa cinta itu datangnya dari Allah. Dia tahu bahawa Allah itu Maha Mengatur sesuatu yang terbaik bagi setiap kehidupan hambanya.






Jika kita memberi kasih sayang  dengan mengharapkan balasan agar orang itu membalas kasih sayang itu, maka suatu hari nanti, kita akan kecewa bila orang itu tidak membalas rasa kasih dan sayang itu. Tetapi jika kita beri kasih sayang itu tanpa mengharap sebarang balasan pada yang diberi, insyaAllah, Allah akan mencampakkn rasa lapang ke dalam hati kita, kerana keikhlasan hati kita hanya untuk Allah.


Cinta sesama makhluk itu adalah atas izin Allah, daripada Allah, yang dipinjamkan kepada kita hanya untuk sementara.  Sementara kita ada di dunia ini.

Cinta itu adalah permohonan kita kepada Allah. Untuk kita hamba-hambaNYA supaya sentiasa berkasih sayang. Kerana Allah itu Maha Mencintai hamba-hambaNYA, dan demi Zat Allah yang penuh dengan rasa cinta itu, maka atas izinNYA, kita diberi pinjam rasa itu. Melalui hati dan perasaan kita. Hakikatnya, kita tidak pernah pun memiliki seseorang itu, kerana setiap makhluk itu adalah milik Allah semuanya.
Namun..

Cinta Allah lah yang seharusnya kita cari dan kejar . Kerana hati kita tidak pernah berada di posisi yang tetap. Sentiasa berbolak-balik. Maka kepada Allah jualah kita kembalikan dan berharap. Agar hati ini sentiasa tetap berada dalam cinta Allah yang hakiki. 


Mohon maaf andai ada di antara butir bicara saya ini yang tidak selesa pada hati, mengguris hati dan perasaan sesiapa yang membaca. Mohon teguran dan pandangan andai ada yang tersilap. Tiap yang lemah dan kurang itu datang dari saya sendiri, maka yang baik itu datang dari Allah dengan izin Allah. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita bersama. 
Wallahu’alam.
BILA DIRI INI DISAYANGI






Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu      
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri







Bait-bait lirik lagu dari kumpulan Ukays ini begitu menyentuh hati tatkala sepasang telinga ini mendengarnya..
Titisan airmata mengiringi irama..
Subhanallah..
Sungguh, Maha Pengasih diriMu ya Rabb..
HambaMu berasa begitu kerdil dan terlalu hina,
namun kasihMu tidak pernah hilang atau berkurang kepada setiap hambaMu..

Tatkala diri alpa diulit debu-debu dosa.. tidak pula KAU kurangi nikmat yang KAU beri..
malah KAU sirami dengan penuh kasih sayang..
KAU tegur dan sapa diri ini dengan cara yang lembut…
Lalu ku terdengar ‘bisikan mesra’ dariMu..
jauh dalam hatiku ‘kalimah keramat’ mengajak aku kembali ke jalanMu..

Kotornya diri ini..malunya diri ini…ya Rabb..
Namun kasih sayangMu sungguh agung..
‘tiada batasan waktu, tiada tempatMu tertentu..’
Walau dimana jua hambaMu ini berada, walau dalam keadaan apa jua diri ini,
walau kotor sekalipun, walau diri ini banyak melupakanMu..
KAU tetap menyayangi diri ini..
‘siapa pun hamba..’ ‘keikhlasan doa..’
‘keagungan’ kasihMu… ‘merubah takdir’ku

Allah Maha Pengasih..
‘bila aku sedari diri ini sentiasa disayangi..’
‘langkah kaki ini semakin berani..’
‘setiap aku terkeliru, ku ucap namaMu..’
Alhamdulillah..aku bersyukur padaMu ya Allah..
Betapa nikmatnya Cahaya yang KAU kurniakan.
Tidak tergambar rasanya.. terlalu nikmat..
Hanya Engkau yang Maha Tahu..

Allahu Akbar.. Subhanallah..
Aku bersyukur ya Allah..
Semasa ‘aku dalam kegelapan’…  Engkau menjadi cahaya..
Cahaya yang terlalu indah.. dan kaki aku terus berjalan dalam CahayaMu..
untuk sentiasa dekat denganMu ya Rabb..

Izinkanlah hambaMu untuk menumpang di sini..
Izinkanlah hambaMu untuk sentiasa menikmati CahayaMu
Janganlah KAU hilangkan Cahaya ini ya Rabb..
Izinkanlah hambaMu ini untuk sentiasa dekat denganMu ya Rabb..
Izinkanlah hambaMu untuk sentiasa merinduiMu ya Rabb..
Izinkanlah hambaMu ini untuk sentiasa mencintaiMu ya Rabb..
Janganlah KAU jauhkan dan palingkan hati ini daripadaMu walau sedetikpun..
Aku serahkan seluruh hidupku padaMu..
Ya Allah.. sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui, Maha Pengampun,
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Maha Bijaksana, Maha Mengatur setiap hidup hamba-hambaMu…
Laahaulawala quwata illa billahil ‘aliyil’azim..
Amin ya Robbal ‘alamin…







~ketenangan itu milik-MU.. keindahan itu milik-MU..dan hatiku ini milik-MU... wahai jiwa yang tenang..serahkanlah segalanya kepada yang Maha Pemilik setiap jiwa...aku ingin sentiasa dekat denganNYA...~