Maha Suci Allah...

Pages

Showing posts with label ZINC COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label ZINC COMPLEX. Show all posts

Tuesday, 20 January 2015

Assalamualaikum..

Cerita hari Sabtu yang lepas.

*********************************************************************************

Selamat bercuti dan berlibur di hari Sabtu ni.

Apa program hari ni?

Saya takde program outstation hari ni.. semuanya dalam station.. :)

Hari ni.. SYUKUR dan GEMBIRA.

Abah DAH SIHAT.

Alhamdulillah lepas dua hari makan vitamin Shaklee abah rasa sihat dan cergas.
Pagi2 dah sambung mesin rumput.
Siap mesin kat kawasan rumah, ke luar kawasan pula. Lepas tu sambung mesin kat rumah jiran pula. Ada jiran minta tolong abah mesinkan rumput kat kawasan rumahnya.

Dengan izin Allah selepas makan 
Ostematrix,
OmegaGuard dan
Zinc Complex
bantu abah segera sihat dan cergas daripada demam dan bisa luka akibat terkena buluh yang runcing.

Alhamdulillah saya dapat bertindak segera. Memang bisa terkena buluh yang runcing tu.






KISAH ABAH.. (Part II)

Abah dah mula rasa demam, sakit2, badan, bila mandi atau terkene air rasa sejuk sangat. Menggigil. Bisa kat kaki kesan kene buluh yg tajam tadi. Runcing juga.

Abah dah siap2 nak pergi kerja walaupun badan tak sihat. Saya dan mak pesan kalau rasa sakit sangat tak payahlah kerja. Minta orang lain ganti.

Takpelah.. abah pergi je dulu.

Sebelum tu saya bagi abah:
☆Omegaguard
☆Zinc Complex
☆Ostematrix

OMEGAGUARD:
-berfungsi sebagai anti radang
-tingkatkan sistem imun
-mengawal sistem imun (demam) sebab abah dah mula rasa demam.

ZINC COMPLEX:
-mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.
(Hancurkan zinc dan taburkan ke atas luka untuk mempercepatkan sistem pemulihan luka luaran)
-mempertingkatkan sistem imun

OSTEMATRIX:
-bukan sekadar kalsium tapi lebih dari itu.
-pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi (kurangkan bisa2 badan).
-menggalakkan tidur selesa.

MAGNESIUM dalam OSTEMATRIX:
-Magnesium adalah ion positif no.2 penting dalam tubuh kita.
-ion inilah yang membantu sistem saraf.
-mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.

Selepas abah makan semua ni, keesokan hari abah balik kerja, tanya keadaan abah, ALHAMDULILLAH abah rasa SIHAT. TAK JADI demam. Cuma kaki yang luka tu masih lagi terasa sakit sikit. Abah minta saya sediakan lagi vitamin2 tu.

Alhamdulillah. Abah tak demam.
Syukur sangat sebab biasanya kalau teruk macam tu, abah lambat sikit nak baik demam.
Mudah2an abah baik sepenuhnya.
Amiin..
KISAH ABAH (Part I)

Time2 macam ni teringat kat abah..
Cerita hari Selasa kelmarin.
Abah rasa tak sedap badan n tak sedap hati nak menebas semak buluh kat sebelah rumah ni. Tapi abah kuatkan juga hati nak buat. Memang dah niat dari awal nak buat jadi abah teruskanlah juga.
Dah nampak lapang dah sebenarnya. Tapi pokok ni dah berpuluh tahun kat situ. Entah2 seratus tahun ada kot...

Tengah asyik2 menebas tu sambil berzikir.. tetiba ada pokok buluh yang mungkin dah ditebas tp sangkut kat atas nak jatuh kat badan abah. Abah berdiri kat kawasan ada buluh2 kat bawah. Teringat parang di tangan. Campak dulu parang. Nak elakkan buluh, badan berpusing, pergerakan tersekat. Kaki kat timbunan buluh, akhirnya abah jatuh, kaki abah kene juga buluh tu. Macam terseret gitu. Taktau nak describe camne.
Dah kene camtu tapi abah masih teruskan kerja. Kali ni guna mesein rumput pulak.
Abah mesin mana2 semak rumpun buluh yg ada tu. Tetiba ada satu tunggul buluh yg masih perlu di potong abah mesin, buluh tu terpelanting/terbang (taktau nak describe) boleh patah balik kat abah kene kat kaki abah dekat2 lutut. Abah tak rasa sakit sangat. Jadi abah teruskan. Tiba2 abah rasa seluar tu basah.. Bila tengok..

Ya Allah.. darah banyak..

Abah berhenti buat keje semua tu masuk rumah.
Ubat diri abah sendiri.. Letak daun senduduk (rasanya) kat tempat luka.
Tengah hari.... Abah dah mula rasa tak sihat..
Lepas zuhur abah tidur sekejap.
Dah makan tengah hari rasanya tu.
Abah keje shift malam. Sejak balik keje tu belum tidur lagi. Tu yang tidur jap lepas zuhur.
Petangnya pulak nak siap2 pergi kerja semula.
Tengok kaki abah makin teruk. Bengkok, takleh tegak. Sakit dan bisa katanya. Badan dah mula rasa demam. Makin nak masuk senja nak ke malam badan makin bisa.
Saya perlu tolong abah segera..

(to be continued)