Maha Suci Allah...

Pages

Showing posts with label OMEGA. Show all posts
Showing posts with label OMEGA. Show all posts

Tuesday, 20 January 2015

Assalamualaikum wbt..

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman hidup.
Testimoni ini asalnya saya tuliskan untuk Mama Cery untuk dikongsikan.
Jadi saya kongsikan di sini pula.
Semoga ada manfaatnya.

Cepatnya masa berlalu.
Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.

Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.

Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.

Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...

Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.

SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula saya nak senaraikan di sini. Tapi ini adalah sebahagian daripada vitamin yang saya ambil.

Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.


Untuk cerita lanjut atau berminat dengan produk dan konsultasi ekslusif dari saya sila hubungi:

Sricandy Iman (Min)
SMS/WhatsApp/Telegram: 013 2650822
FB: www.facebook.com/sricandy.iman
SUPERVISOR to be March 2015
Assalamualaikum..

Cerita hari Sabtu yang lepas.

*********************************************************************************

Selamat bercuti dan berlibur di hari Sabtu ni.

Apa program hari ni?

Saya takde program outstation hari ni.. semuanya dalam station.. :)

Hari ni.. SYUKUR dan GEMBIRA.

Abah DAH SIHAT.

Alhamdulillah lepas dua hari makan vitamin Shaklee abah rasa sihat dan cergas.
Pagi2 dah sambung mesin rumput.
Siap mesin kat kawasan rumah, ke luar kawasan pula. Lepas tu sambung mesin kat rumah jiran pula. Ada jiran minta tolong abah mesinkan rumput kat kawasan rumahnya.

Dengan izin Allah selepas makan 
Ostematrix,
OmegaGuard dan
Zinc Complex
bantu abah segera sihat dan cergas daripada demam dan bisa luka akibat terkena buluh yang runcing.

Alhamdulillah saya dapat bertindak segera. Memang bisa terkena buluh yang runcing tu.






KISAH ABAH.. (Part II)

Abah dah mula rasa demam, sakit2, badan, bila mandi atau terkene air rasa sejuk sangat. Menggigil. Bisa kat kaki kesan kene buluh yg tajam tadi. Runcing juga.

Abah dah siap2 nak pergi kerja walaupun badan tak sihat. Saya dan mak pesan kalau rasa sakit sangat tak payahlah kerja. Minta orang lain ganti.

Takpelah.. abah pergi je dulu.

Sebelum tu saya bagi abah:
☆Omegaguard
☆Zinc Complex
☆Ostematrix

OMEGAGUARD:
-berfungsi sebagai anti radang
-tingkatkan sistem imun
-mengawal sistem imun (demam) sebab abah dah mula rasa demam.

ZINC COMPLEX:
-mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.
(Hancurkan zinc dan taburkan ke atas luka untuk mempercepatkan sistem pemulihan luka luaran)
-mempertingkatkan sistem imun

OSTEMATRIX:
-bukan sekadar kalsium tapi lebih dari itu.
-pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi (kurangkan bisa2 badan).
-menggalakkan tidur selesa.

MAGNESIUM dalam OSTEMATRIX:
-Magnesium adalah ion positif no.2 penting dalam tubuh kita.
-ion inilah yang membantu sistem saraf.
-mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.

Selepas abah makan semua ni, keesokan hari abah balik kerja, tanya keadaan abah, ALHAMDULILLAH abah rasa SIHAT. TAK JADI demam. Cuma kaki yang luka tu masih lagi terasa sakit sikit. Abah minta saya sediakan lagi vitamin2 tu.

Alhamdulillah. Abah tak demam.
Syukur sangat sebab biasanya kalau teruk macam tu, abah lambat sikit nak baik demam.
Mudah2an abah baik sepenuhnya.
Amiin..
KISAH ABAH (Part I)

Time2 macam ni teringat kat abah..
Cerita hari Selasa kelmarin.
Abah rasa tak sedap badan n tak sedap hati nak menebas semak buluh kat sebelah rumah ni. Tapi abah kuatkan juga hati nak buat. Memang dah niat dari awal nak buat jadi abah teruskanlah juga.
Dah nampak lapang dah sebenarnya. Tapi pokok ni dah berpuluh tahun kat situ. Entah2 seratus tahun ada kot...

Tengah asyik2 menebas tu sambil berzikir.. tetiba ada pokok buluh yang mungkin dah ditebas tp sangkut kat atas nak jatuh kat badan abah. Abah berdiri kat kawasan ada buluh2 kat bawah. Teringat parang di tangan. Campak dulu parang. Nak elakkan buluh, badan berpusing, pergerakan tersekat. Kaki kat timbunan buluh, akhirnya abah jatuh, kaki abah kene juga buluh tu. Macam terseret gitu. Taktau nak describe camne.
Dah kene camtu tapi abah masih teruskan kerja. Kali ni guna mesein rumput pulak.
Abah mesin mana2 semak rumpun buluh yg ada tu. Tetiba ada satu tunggul buluh yg masih perlu di potong abah mesin, buluh tu terpelanting/terbang (taktau nak describe) boleh patah balik kat abah kene kat kaki abah dekat2 lutut. Abah tak rasa sakit sangat. Jadi abah teruskan. Tiba2 abah rasa seluar tu basah.. Bila tengok..

Ya Allah.. darah banyak..

Abah berhenti buat keje semua tu masuk rumah.
Ubat diri abah sendiri.. Letak daun senduduk (rasanya) kat tempat luka.
Tengah hari.... Abah dah mula rasa tak sihat..
Lepas zuhur abah tidur sekejap.
Dah makan tengah hari rasanya tu.
Abah keje shift malam. Sejak balik keje tu belum tidur lagi. Tu yang tidur jap lepas zuhur.
Petangnya pulak nak siap2 pergi kerja semula.
Tengok kaki abah makin teruk. Bengkok, takleh tegak. Sakit dan bisa katanya. Badan dah mula rasa demam. Makin nak masuk senja nak ke malam badan makin bisa.
Saya perlu tolong abah segera..

(to be continued)