Mencintai Tapi Tidak Memiliki.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Mencintai seseorang tetapi tidak memiliki..
Tidak mengapa..
Mengapa?
Kerana dia mencintai kerana Allah.
Bagaimana?
Rasa cinta itu milik Allah. Allah itu Maha Memiliki
setiap jiwa, Maha Penggenggam setiap jiwa.
Ikut suka Allah untuk mencampakkan rasa cinta itu
kedalam setiap jiwa hamba-hambaNYA ataupun mencabut rasa cinta itu dari setiap jiwa
hamba-hambaNYA. Usah dipertikaikan.
Jika Allah mahu meminjamkan pada kita, rasa cinta
itu dari seseorang kepada diri kita, maka kita akan dapat merasai nikmatnya.
Hati akan bahagia bila melihat dia bahagia, hati
sedih bila melihat dia sedih. Hati gundah bila melihat dia gelisah. Tetapi demi
cinta yang datangnya dari Allah itu, maka semuanya diserahkan pada Allah,
kerana Allah lah yang Maha Mengatur setiap sesuatu, Maha Bijaksana, Maha
Memelihara, Maha Tahu dan Maha Menggenggam setiap jiwa. Maha Suci Allah yang
Maha Agung bagi segalanya.
Maka dengan itu hati akan kembali sentiasa bahagia,
walau apa jua yang berlaku pada yang dicintai kerana dia sedar, bahawa rasa
cinta itu datangnya dari Allah. Dia tahu bahawa Allah itu Maha Mengatur sesuatu
yang terbaik bagi setiap kehidupan hambanya.
Jika kita memberi kasih sayang dengan mengharapkan balasan agar orang itu
membalas kasih sayang itu, maka suatu hari nanti, kita akan kecewa bila orang
itu tidak membalas rasa kasih dan sayang itu. Tetapi jika kita beri kasih sayang
itu tanpa mengharap sebarang balasan pada yang diberi, insyaAllah, Allah akan
mencampakkn rasa lapang ke dalam hati kita, kerana keikhlasan hati kita hanya
untuk Allah.
Cinta sesama makhluk itu adalah atas izin Allah, daripada Allah, yang dipinjamkan kepada kita hanya untuk sementara. Sementara kita ada di dunia ini.
Cinta sesama makhluk itu adalah atas izin Allah, daripada Allah, yang dipinjamkan kepada kita hanya untuk sementara. Sementara kita ada di dunia ini.
Cinta itu adalah permohonan kita kepada Allah. Untuk
kita hamba-hambaNYA supaya sentiasa berkasih sayang. Kerana Allah itu Maha
Mencintai hamba-hambaNYA, dan demi Zat Allah yang penuh dengan rasa cinta itu,
maka atas izinNYA, kita diberi pinjam rasa itu. Melalui hati dan perasaan kita.
Hakikatnya, kita tidak pernah pun memiliki seseorang itu, kerana setiap makhluk
itu adalah milik Allah semuanya.
Namun..
Cinta Allah lah yang seharusnya kita cari dan kejar
. Kerana hati kita tidak pernah berada di posisi yang tetap. Sentiasa
berbolak-balik. Maka kepada Allah jualah kita kembalikan dan berharap. Agar
hati ini sentiasa tetap berada dalam cinta Allah yang hakiki.
Mohon maaf andai ada di antara butir bicara saya ini yang tidak selesa pada hati, mengguris hati dan perasaan sesiapa yang membaca. Mohon teguran dan pandangan andai ada yang tersilap. Tiap yang lemah dan kurang itu datang dari saya sendiri, maka yang baik itu datang dari Allah dengan izin Allah. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita bersama.
Mohon maaf andai ada di antara butir bicara saya ini yang tidak selesa pada hati, mengguris hati dan perasaan sesiapa yang membaca. Mohon teguran dan pandangan andai ada yang tersilap. Tiap yang lemah dan kurang itu datang dari saya sendiri, maka yang baik itu datang dari Allah dengan izin Allah. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita bersama.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment