Maha Suci Allah...

Pages

Sunday, 25 January 2015

ASID AMINO PENTING UNTUK OTAK DAN TUBUH

Assalamualaikum wbt..

Sepanjang malam ni Min mentelaah buku tentang kesihatan. Masa macam ni sajalah Min boleh belajar dan mentelaah. Waktu-waktu lain dipenuhi urusan-urusan hakiki. Selagi si hero kecik tu belum tidur selagi tu tak boleh nak mengadap laptop. :)

Malam ni Min belajar tentang Asid Amino.
Baru belajar sikit saja. Jadi saya kongsikan mana yang sesuai dulu ya.

Petikan dari buku:


"Dua jenis asid amino yang penting dalam prestasi otak adalah:
        
             TIROSIN
Tirosin adalah bahan asas protein neurotransmitter dopamine dan norepinefrin.
Kedua-dua neurotransmitter ini adalah pencetus proses berfikir secara cepat, tumpuan, perhatian serta menimbulkan kesedaran, kepekaan fikiran dan minat.
           
             TRIPTOFAN
Triptofan adalah bahan asas utama serotonin iaitu neurotransmitter yang menghasilkan ketenangan.

Apabila kita kekurangan kedua-dua asid amino ini iaitu yang diperlukan dalam 15 gram hingga 30 gram sehari SEMANGAT BELAJAR HILANG dan RASA KEGELISAHAN MUNCUL.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila seseorang itu banyak meminum minuman ringan berkarbonat ataupun minuman lain yang bersifat diuretic seperti teh. Diuretik menyebabkan banyak air dikeluarkan dari badan, lalu mendorong dehidrasi ringan terjadi.
Dalam satu iklan produk minuman berion di Indonesia menyatakan, kekurangan 0.1 peratus air dari badan sahaja sudah dapat mengganggu daya tumpuan seseorang."


Sumber rujukan: Buku: Rahsia Tentera Imun, m/s 131. (Dr. Tauhid Nur Azhar).

"Asid amino adalah bahan penting dalam proses penghasilan protein. Asid Amino boleh diperolehi daripada tumbuhan hasil sistem kerja cahaya matahari..."

Sumber rujukan: Buku: Rahsia Tentera Imun, m/s 72. (Dr. Tauhid Nur Azhar).

Ok. Kita sambung lagi nanti tentang asid amino dan hubungkait asid amino dengan protein.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Sricandy Iman (Min)
011 2713 2567 / 013 2860 822
1069334 SUPERVISOR





No comments:

Post a Comment