Maha Suci Allah...

Pages

Sunday, 25 January 2015

ASID AMINO PENTING UNTUK OTAK DAN TUBUH

Assalamualaikum wbt..

Sepanjang malam ni Min mentelaah buku tentang kesihatan. Masa macam ni sajalah Min boleh belajar dan mentelaah. Waktu-waktu lain dipenuhi urusan-urusan hakiki. Selagi si hero kecik tu belum tidur selagi tu tak boleh nak mengadap laptop. :)

Malam ni Min belajar tentang Asid Amino.
Baru belajar sikit saja. Jadi saya kongsikan mana yang sesuai dulu ya.

Petikan dari buku:


"Dua jenis asid amino yang penting dalam prestasi otak adalah:
        
             TIROSIN
Tirosin adalah bahan asas protein neurotransmitter dopamine dan norepinefrin.
Kedua-dua neurotransmitter ini adalah pencetus proses berfikir secara cepat, tumpuan, perhatian serta menimbulkan kesedaran, kepekaan fikiran dan minat.
           
             TRIPTOFAN
Triptofan adalah bahan asas utama serotonin iaitu neurotransmitter yang menghasilkan ketenangan.

Apabila kita kekurangan kedua-dua asid amino ini iaitu yang diperlukan dalam 15 gram hingga 30 gram sehari SEMANGAT BELAJAR HILANG dan RASA KEGELISAHAN MUNCUL.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila seseorang itu banyak meminum minuman ringan berkarbonat ataupun minuman lain yang bersifat diuretic seperti teh. Diuretik menyebabkan banyak air dikeluarkan dari badan, lalu mendorong dehidrasi ringan terjadi.
Dalam satu iklan produk minuman berion di Indonesia menyatakan, kekurangan 0.1 peratus air dari badan sahaja sudah dapat mengganggu daya tumpuan seseorang."


Sumber rujukan: Buku: Rahsia Tentera Imun, m/s 131. (Dr. Tauhid Nur Azhar).

"Asid amino adalah bahan penting dalam proses penghasilan protein. Asid Amino boleh diperolehi daripada tumbuhan hasil sistem kerja cahaya matahari..."

Sumber rujukan: Buku: Rahsia Tentera Imun, m/s 72. (Dr. Tauhid Nur Azhar).

Ok. Kita sambung lagi nanti tentang asid amino dan hubungkait asid amino dengan protein.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Sricandy Iman (Min)
011 2713 2567 / 013 2860 822
1069334 SUPERVISOR





Friday, 23 January 2015

TREADMILL UNTUK MAK & ABAH

Alhamdulillah.. sampai juga barang yang adik order tu.
Lama benor nak nunggu sampainya.. Dekat sebulan dah.
Sampai juga akhirnya.

Janjinya paling awal seminggu atau paling lewat 2 minggu dah sampai . Tak tau la macam mana boleh jadi macam tu kan..

Apapun syukur. Dah sampai. :)
Pasni boleh berjogging atau berlumba lari kat dalam rumah je nanti ya. (^_*)

Si hero kecik ni tadi seronok benor tengok lori tu sampai. Laju je berlari nak keluar.
Pastu mabuk dok turun naik kat benda tu. Haa.. kene lebih berjaga2 lepas ni.

Sebenarnya adik lelaki saya ni dah lama nak belikan peralatan excersize untuk mak. Mula2 nak belikan basikal tu. Tapi saya cadangkan treadmil lagi baik supaya lutut mak taklah sakit sangat nanti. Mak hanya perlukan senaman ringan supaya dapat bantu pembakaran kalori lebih baik dan menurunkan kolestrol dalam badan.

Mak & abah rajin pergi jogging di taman rekreasi Tanjung Mas, Muar. Pagi2 keluar selepas solat subuh. Dapat udara segar badan pun sihat.

Mak ada diabetes juga. Dah lebih kurang 30++ tahun mak menghidap diabetes. Tapi alhamdulillah mak rajin jaga makanan dan tingkatkan kesihatan.

Mak rajin berjongging, makan ulam-ulaman, makan suplemen (Supplemen Shaklee) dan melakukan kerja2 yang akan mengeluarkan peluh dan tenaga.

Aktiviti2 tersebut membantu kelancaran darah dan menukarkan makanan diproses menjadi tenaga.

Minggu ni mak baru mula ambil Vivix Shaklee. Saya selalu bertanyakan keadaan mak untuk pantau keadaan kesihatannya. Alhamdulillah, perubahan positf setakat ini. Mak kata badan mak rasa ringan berbanding sebelumnya. Jika kadar gula dan kolestrol dalam darah mak tinggi, mak akan rasa berat badan, sakit2 badan, sakit tengkuk, rasa tak sihat dan macam2 lagi.

Semoga mak cepat sembuh. Rasa tak sabar nak belikan mak Vivix lagi dan tengok mak pulih sepenuhnya bebas dari diabetes. Amiin..


Ingin dapatkan VIVIX Shaklee??

Sila hubungi saya:

Sricandy Iman (Min)
SMS/WhatsApp/Telegram:
013.2860.822 / 013.2650.822
SUPERVISOR (March 2015)



Tuesday, 20 January 2015

Assalamualaikum wbt..

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman hidup.
Testimoni ini asalnya saya tuliskan untuk Mama Cery untuk dikongsikan.
Jadi saya kongsikan di sini pula.
Semoga ada manfaatnya.

Cepatnya masa berlalu.
Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.

Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.

Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.

Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...

Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.

SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula saya nak senaraikan di sini. Tapi ini adalah sebahagian daripada vitamin yang saya ambil.

Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.


Untuk cerita lanjut atau berminat dengan produk dan konsultasi ekslusif dari saya sila hubungi:

Sricandy Iman (Min)
SMS/WhatsApp/Telegram: 013 2650822
FB: www.facebook.com/sricandy.iman
SUPERVISOR to be March 2015
Assalamualaikum..

Cerita hari Sabtu yang lepas.

*********************************************************************************

Selamat bercuti dan berlibur di hari Sabtu ni.

Apa program hari ni?

Saya takde program outstation hari ni.. semuanya dalam station.. :)

Hari ni.. SYUKUR dan GEMBIRA.

Abah DAH SIHAT.

Alhamdulillah lepas dua hari makan vitamin Shaklee abah rasa sihat dan cergas.
Pagi2 dah sambung mesin rumput.
Siap mesin kat kawasan rumah, ke luar kawasan pula. Lepas tu sambung mesin kat rumah jiran pula. Ada jiran minta tolong abah mesinkan rumput kat kawasan rumahnya.

Dengan izin Allah selepas makan 
Ostematrix,
OmegaGuard dan
Zinc Complex
bantu abah segera sihat dan cergas daripada demam dan bisa luka akibat terkena buluh yang runcing.

Alhamdulillah saya dapat bertindak segera. Memang bisa terkena buluh yang runcing tu.






KISAH ABAH.. (Part II)

Abah dah mula rasa demam, sakit2, badan, bila mandi atau terkene air rasa sejuk sangat. Menggigil. Bisa kat kaki kesan kene buluh yg tajam tadi. Runcing juga.

Abah dah siap2 nak pergi kerja walaupun badan tak sihat. Saya dan mak pesan kalau rasa sakit sangat tak payahlah kerja. Minta orang lain ganti.

Takpelah.. abah pergi je dulu.

Sebelum tu saya bagi abah:
☆Omegaguard
☆Zinc Complex
☆Ostematrix

OMEGAGUARD:
-berfungsi sebagai anti radang
-tingkatkan sistem imun
-mengawal sistem imun (demam) sebab abah dah mula rasa demam.

ZINC COMPLEX:
-mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.
(Hancurkan zinc dan taburkan ke atas luka untuk mempercepatkan sistem pemulihan luka luaran)
-mempertingkatkan sistem imun

OSTEMATRIX:
-bukan sekadar kalsium tapi lebih dari itu.
-pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi (kurangkan bisa2 badan).
-menggalakkan tidur selesa.

MAGNESIUM dalam OSTEMATRIX:
-Magnesium adalah ion positif no.2 penting dalam tubuh kita.
-ion inilah yang membantu sistem saraf.
-mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.

Selepas abah makan semua ni, keesokan hari abah balik kerja, tanya keadaan abah, ALHAMDULILLAH abah rasa SIHAT. TAK JADI demam. Cuma kaki yang luka tu masih lagi terasa sakit sikit. Abah minta saya sediakan lagi vitamin2 tu.

Alhamdulillah. Abah tak demam.
Syukur sangat sebab biasanya kalau teruk macam tu, abah lambat sikit nak baik demam.
Mudah2an abah baik sepenuhnya.
Amiin..
KISAH ABAH (Part I)

Time2 macam ni teringat kat abah..
Cerita hari Selasa kelmarin.
Abah rasa tak sedap badan n tak sedap hati nak menebas semak buluh kat sebelah rumah ni. Tapi abah kuatkan juga hati nak buat. Memang dah niat dari awal nak buat jadi abah teruskanlah juga.
Dah nampak lapang dah sebenarnya. Tapi pokok ni dah berpuluh tahun kat situ. Entah2 seratus tahun ada kot...

Tengah asyik2 menebas tu sambil berzikir.. tetiba ada pokok buluh yang mungkin dah ditebas tp sangkut kat atas nak jatuh kat badan abah. Abah berdiri kat kawasan ada buluh2 kat bawah. Teringat parang di tangan. Campak dulu parang. Nak elakkan buluh, badan berpusing, pergerakan tersekat. Kaki kat timbunan buluh, akhirnya abah jatuh, kaki abah kene juga buluh tu. Macam terseret gitu. Taktau nak describe camne.
Dah kene camtu tapi abah masih teruskan kerja. Kali ni guna mesein rumput pulak.
Abah mesin mana2 semak rumpun buluh yg ada tu. Tetiba ada satu tunggul buluh yg masih perlu di potong abah mesin, buluh tu terpelanting/terbang (taktau nak describe) boleh patah balik kat abah kene kat kaki abah dekat2 lutut. Abah tak rasa sakit sangat. Jadi abah teruskan. Tiba2 abah rasa seluar tu basah.. Bila tengok..

Ya Allah.. darah banyak..

Abah berhenti buat keje semua tu masuk rumah.
Ubat diri abah sendiri.. Letak daun senduduk (rasanya) kat tempat luka.
Tengah hari.... Abah dah mula rasa tak sihat..
Lepas zuhur abah tidur sekejap.
Dah makan tengah hari rasanya tu.
Abah keje shift malam. Sejak balik keje tu belum tidur lagi. Tu yang tidur jap lepas zuhur.
Petangnya pulak nak siap2 pergi kerja semula.
Tengok kaki abah makin teruk. Bengkok, takleh tegak. Sakit dan bisa katanya. Badan dah mula rasa demam. Makin nak masuk senja nak ke malam badan makin bisa.
Saya perlu tolong abah segera..

(to be continued)
Assalamualaikum wbt...

Sudah sekian lama saya tak menulis di sini. Adalah lebih kurang 3 tahun kan..
Sekarang saya mula menulis lagi.
Tetapi kini status saya sudah berbeza..
Saya sudah pun bergelar seorang isteri kepada suami saya yang sangat budiman, pengasih dan penyayang.

Banyak cerita nak dikongsikan. InsyaAllah saya akan kongsikan di sini nanti.

Di kesempatan ini saya juga suka nak umumkan sekarang saya adalah Pengedar Shaklee Anda ya ng sah.
SID 1069334.

Ada banyak cerita dan pengalaman nak kongsikan. Tak sabar rasanya.

Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya InsyaAllah.

Di bawah: Gambar saya bersama hero kecik kesayangan dan adik bongsu. Gambar di ambil semasa balik kampung rumah atuk.