Assalamualaikum wbt..
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman hidup.
Testimoni ini asalnya saya tuliskan untuk Mama Cery untuk dikongsikan.
Jadi saya kongsikan di sini pula.
Semoga ada manfaatnya.
Cepatnya masa berlalu.
Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana
kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.
Saya
telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang
belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di
mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.
Saya
hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi
sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak
clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.
Fikiran
saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat
saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta
cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak
saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.
Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.
Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.
Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha.
Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan
sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati
sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan
kesusahan.
Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya
alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat
budiman. Itulah suami saya.
Ya.. betul janji Allah. Setiap
kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah
temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah..
syukur ya Allah...
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu
jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini
mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak
kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu
mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah
masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan.
Sebab tu saya
cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada
lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.
Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi
masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan
saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang
lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran
susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Masa
dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang
belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas
dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh.
Saya berasa sangat sukar
untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak
mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan
kesakitan.
Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.
SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix
Maaf terlalu banyak pula saya nak senaraikan di sini. Tapi ini adalah sebahagian daripada vitamin yang saya ambil.
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga.
Sehinggalah
pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan
mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena
cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.
Alhamdulillah.
Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak
beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu
ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.
Seminggu
selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya
utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai
berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh
sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan
kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik
telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih
sepenuhnya.
Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan
sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah.
Alhamdulillah.
Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.
Saya
sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih
sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari
sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi.
Daya ingatan saya semakin baik.
Pendek kata
Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah..
Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang
besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu
mengubahnya.
Untuk cerita lanjut atau berminat dengan produk dan konsultasi ekslusif dari saya sila hubungi:
Sricandy Iman (Min)
SMS/WhatsApp/Telegram: 013 2650822
FB:
www.facebook.com/sricandy.iman
SUPERVISOR to be March 2015