Nur Cahaya Hidayah Allah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
"Hidayah adalah suatu
hadiah dari Allah yang tidak terhingga nikmatnya pada seseorang hamba Allah.
Maha Suci Allah yang Maha Pengurnia bagi setiap kehidupan ini. Tidak dapat aku
gambarkan bagaimana betapa nikmatnya hidayah yang Allah kurniakan pada diri
yang pada saat hati ini benar-benar memerlukan pertolongan dan petunjuk."
"Walau pelbagai ujian, dugaan, situasi yang aku hadapi..lalui, namun hati aku tetap merasakan ketenangan dan kelapangan. Semua yang Allah bagi aku merasakan ia suatu nikmat yang tak mungkin aku boleh dapat dari mana-mana kecuali hanya dari Allah."
"Bahagia..tenang..asyik.. Aku tidak tahu bagaimana harus kugambarkan semua nikmat yang dapat aku rasakan
kini. Tapi inilah yang aku lalui dan aku rasai setelah mendapat petunjuk dan
hidayah dari Allah. Sungguh! Aku merasa
bahagia dan suatu nikmat yang tidak dapat kujelaskan, hanya Allah sahaja Maha Tahu apa yang kurasakan dalam lubuk hatiku yang paling dalam.”
Hidayah itu perlu dicari. Walaupun hidayah itu hak milik
Allah dan sesiapa sahaja Allah boleh kurniakan hidayahNYA kepada hamba-hambaNYA,
namun kita perlu juga berusaha. Cuba kita renungkan sejenak jauh ke dalam sudut
hati kita. Pastinya ada satu detik hati dalam hati kita yang menyatakan kebaikan dan
mengakui kebaikan yang membawa kepada kebahagian hati, ketenangan dan kelapangan
hati. Namun kadang-kadang kita tak perasan, atau tak hirau, atau tak tau, atau
buat-buat tak tau atau leka dengan keasyikan dunia. Mohon maaf jika kata-kata saya ini
ada yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membacanya. Namun, diri ini cuba membawa fikiran kita
kembali menjenguk jauh ke dalam sudut hati kita yang lama terbiar tanpa bertanya khabar
beritanya. Sihatkah ia? Gembirakah ia? Tenangkah ia? Bahagiakah ia?
Mohon maaf sekiranya diri ini membawa pemikiran kita ke
suatu situasi….
~ Seseorang sedang leka melakukan suatu aktiviti di waktu
petang. Apabila tiba waktu maghrib, kedengaran bunyi azan berkumandang di
masjid, radio, atau tv atau surau berdekatan. Hati akan terdetik, “waktu solat
maghrib dah tiba, sebagai seorang Islam, aku wajib solat” .
Namun, dek kerana hal atau urusan dunianya itu belum
selesai, atau masih asyik dengan urusan itu, maka… hati pun berkata….
“Hurm..keje banyak lagi nak buat ni, jap lagi la..”
“Ah…sekejaplah..sikiiittt
je lagi, lepas ni aku solatlah..”
“Ah..takpe, hari ni
je, lain kali tak buat lagi..”
“Ah..ada masa lagi ni, bukan selalu. Bukan senang aku nak
dapat peluang ni..”
“Ah..takpe, aku muda lagi, dah tua nanti aku taubatlah..”
Bukankah itu Allah sedang mengingatkan kita? Bukankah itu
Allah memanggil kita?? SOMBONGNYA KITA... Bagaimanakah jika pada masa itu juga Allah telah mentakdirkan nyawa kita untuk dicabut?? Jika Allah mencabut nyawa kita pada masa itu, sempatkah kita bertaubat dan mohon ampun pada Allah?? Bukankah itu Allah beritahu kita..ikutlah jalan lurus
itu..?? Bukankah jalan lurus itu yang kita cari?? Kebahagiaan dan ketenangn macam
mana lagi yang kita cari? Apakah hati kita benar-benar sudah bahagia tanpa kita mengingati Allah tuhan yang Maha Mencipta dan Maha Menghidupkan kita? Bukankah hati itu hanya akan tenang bila kita dekat
dengan Allah? Apakah ada yang lain boleh bahagiakan hati kita, yang kekal abadi?? Allahu akbar.. ampunilah dosa-dosa hambamu ini ya Allah.. HambaMu ini sentiasa lupa dan tidak mengendahkan diriMu. Kotornya diriku ya Allah.. Hinanya diriku.. Astaghfirullah al'adzim.. Maha Suci Engkau wahai yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pernah dulu ibu memberitahu.. "Solatlah..kerana solat itu dapat menghindarkan atau menjauhkan diri kita dari perkara-perkara yang tidak baik.. dari perkara-perkara yang mungkar..dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan maksiat..perkara-perkara yang sering mengajak kita melakukan keburukan.." Pada masa itu diri ini berfikir.... 'Aku dah solat tapi kenapa aku rasa biasa-biasa aje? Kenapa aku masih melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti suka marah, tidak mendengar nasihat orang tua, asyik ada masalah, berselisih faham dengan kawan-kawan yang lain.. Asyik itu..asyik ini..dan macam-macam lagi halnya. Kebanyakannya menyebabkan aku rasa tidak tenang dan seperti ada yang tidak cukup dalam hidup aku. Jadi macam mana solat ni boleh menyebabkan aku dapat elak dari semua tu dan jadi orang yang baik?' Pelbagai persoalan dan ketidakpastian dalam benakku pada masa itu.
Masa itu umur masih remaja, masih tidak nampak apa yang orang tua maksudkan, fikirkan dan perkatakan. Namun kini..aku sangat bersyukur, kerana apa yang ibuku pernah katakan padaku suatu waktu dulu, dapat kurasakan. Permulaannya adalah..solat yang cukup lima waktu kemudian disertai solat yang khusyuk hasil dari air wudhuk yang sempurna, maka dengan izin Allah..terbitlah hati yang sangat tenang..lapang dan bahagia walau apa jua situasi yang dihadapi. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Menggenggam setiap jiwa. Hati yang sentiasa berbolak-balik. Engkau yang membolak-balikkan hati ini ya Allah.. Hanya pada Allah ku bermohon agar sentiasa ditetapkan hati, istiqomah, memegang tali Allah dan mengikut jalan yang telah Allah tunjuk melalui nur cahaya yang dikurniakan Allah untuk aku melaluinya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah. Allah membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNYA"
Bila hati sudah bersih, maka akan mudahlah kita nampak jalan-jalan kebaikan, dan Allah akan sentiasa melorongkan kita pada jalan-jalan menuju pada nur cahaya Ilahi. Hati akan rasa senang menerima ilmu agama, akan sentiasa tertarik untuk mencari dan menambah imu agama untuk lebih dekat lagi pada Allah. Magnet kebaikan akan menarik segala kebaikan kepada diri kita. Sahabat-sahabat yang baik, ilmu-ilmu Allah yang baik, alim ulama, perbuatan dan pemikiran yang baik, kehidupan yang lebih baik, dan semuanya yang baik-baik akan datang pada kita insyaAllah. Kerana ALLAH telah berjanji pada kita; selangkah kita menuju pada Allah, maka seribu langkah Allah mendekati kita. Betapa cintanya Allah pada hamba-hambaNYA yang membuka hati mencari jalan untuk sentiasa dekat padaNYA. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Firman Allah Ta'ala:
"Bertaqwalah (patuhlah) kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan."
(Al-Baqarah: 194)
Firman Allah Ta'ala:
"Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan Dia akan mengajar kamu."
(Al-Baqarah: 282)
Firman Allah Ta'ala:
"Hai orang-orang yang beriman! Kiranya kamu takut kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan untuk membeza (antara yang benar dengan yang salah) dan dihapuskanNyalah kesalah-kesalahan kamu serta mengampuni kamu, dan Allah mempunyai kelebihan yang besar."
(Al-Anfal: 29)
Firman Allah Ta'ala:
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya) niscaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan Dia (Allah) akan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada diduga."
(Ath-Thalaq: 2-3)
Kebahagian, kegembiraan, kelazatan, keseronokan, kenikmatan yang ada di dunia ini semuanya bersifat sementara. Dan semua yang lazat, sedap, seronok di dunia ini hanyalah bersifat sementara.
Mari kita semak dan buktikan..
Sebagai contoh.. ~Makan
aiskrim itu sedap, lazat,… bagi
penggemar aiskrim, tapi bila sudah habis, apakah masih lagi terasa sedap dan
lazat? Jika berlebihan pula bukankah ia akan mendatangkan penyakit? Maka hilang
nikmat kelazatan makanan itu pada tubuh badan.
Firman Allah:
"Gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah"
(Az-Zumar: 23)
Firman Allah:
"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima Agama Islam, lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah"
(Az-Zumar: 22)
Carilah hidayah Allah itu. Peganglah dan kejarlah apa yang ada
dalam detik hati kita, yang menyatakan kebaikan. Jauh dalam sudut hati kita..jauh dalam lipatan
hati yang terdalam.. Pasti, insyaAllah akan menemui jalannya. Pasti akan temui
kebahagiaan, ketenangan, kelapangan dari dalam hati, yang hanya diri kita sahaja dapat merasai betapa
nikmatnya rasa itu..insyaAllah. Sesungguhnya Allah sentiasa menunjukkan
jalanNYA pada kita..Cuma kita yang mungkin tidak membaca hati kita, tidak
perasan, atau buat-buat tak perasan, tidak tahu atau buat-buat tidak tau, tidak dengar
atau buat-buat tidak dengar. Tanyalah balik hati kita, jenguklah hati kita.
Mudah-mudahan Allah sentiasa tunjukkan kita dan pimpin kita ke jalanNYA yang lurus.
Amin ya Rabb.. Mohon maaf dari saya. Wallahu’alam.
~pandanglah setiap orang dan setiap sesuatu di hadapan kita sebagai cermin diri kita..maka di situ.. kita akan dapat lihat bagaimana diri kita. dan..bagaimana kotor dan hinanya diri kita di hadapan Allah. Maha Suci Allah yg Maha Mengampuni setiap hamba-hambaNYA~